Alhamdulillah...
Dengan izin Allah yang Maha Esa, seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. telah lahir ke dunia...
Ketika lahir, beratnya adalah 4.19kg. Itulah sebabnya kenapa aku terpaksa menjalani pembedahan... 'big baby'... doktor tidak membenarkan aku bersalin secara normal. Selain itu, aku juga mengidap diabetes ketika kandunganku mencecah 36 minggu. Oleh yang demikian, doktor menetapkan aku akan dibedah ketika 37 minggu 5 hari. Aku telah dimasukkan ke wad selama 5 hari sebelum pembedahan. Ini kerana aku dikehendaki mengambil insulin untuk mengawal diabetes yang dihidapi. Selama itu jugalah aku tidak dapat berjumpa dengan Ahmad Hasmizal. Rindunya hanya tuhan yang tahu. Dia tidak dibenarkan melawat ke wad kerana khuatir H1N1. Namun atas budi bicara doktor, aku dibenarkan turun sekejap di lobby untuk berjumpa dengan Hasmizal.
Sewaktu memasuki OT, punyala berdebar Allah sahaja yang tahu. Aku dikehendaki berpuasa sejak 12 tgh malam sebelumnya. Aku ditolak ke OT pada jam 11.00 pagi. Suami menemani sehingga pintu masuk sahaja. Ketika itu, sayu hati ini kerana suami banyak memberikan semangat kepadaku. Di dalam OT, aku diberi bius separuh badan. Ketika itu sempat aku melihat jam 11.15 pagi. Setelah kebas daripada pinggang ke bawah, aku mula 'diproses' oleh sekumpulan doktor. Kesemuanya wanita. Yang aku dengar hanyalah lagu raya yang dipasang di OT tersebut.
Tak sampai sejam, aku terdengar tangisan anakku.. Alhmadulillah, dia telah selamat dilahirkan. Tapi masa tu aku macam mamai... Sebab aku diberi gas untuk mengantuk. Setelah selesai, aku dipantau terlebih dahulu sebelum dimasukkan semula ke wad. Mengikut prosedur, selepas dibedah, pesakit tersebut tidak boleh bergerak, makan dan minum selama 6 jam. Jadi terpaksala membatukan diri di atas katil. Terima kasih kepada nurse yang membantu menukar baju. Lepas 6 jam, aku dipaksa bangun untuk memastikan tiada pendarahan dalaman. Alhamdulillah...
Mengenai anak, dia ditempatkan di NICU untuk semalam kerana aku ada kencing manis. Jadi doktor nak pantau untuk memastikan dia tidak hypo... ntahlah, aku pun x faham. Tapi nasib baik juga sebab dengan keadaan aku yang masih lemah... Keesokannya baru aku dapat melawat anakku. Rasa kesian pulak dia duduk berjauhan denganku. Masa kat dalam NICU tu, aku tengok anak2 kecil yang diletakkan di dalam inkubator... ada yang sebab kurang berat lahir, ada yang sebab kuning, lahir tak cukup bulan, dan entah apa lagi penyakit.... Sebagai seorang ibu, aku faham bagaimana perasaan ibu mereka... Semoga Allah menyelamatkan mereka... AMIN...
Anak aku boleh keluar daripad NICU petangnya... Jadi, dapatla aku memeluk dia sepanjang malam...
Hari sabtu, aku dibenarkan balik. Setelah anak dicucuk BCG, aku balik ke rumah yang telah ditinggalkan seminggu. Rindunya nak mendakap Hasmizal... Kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke ward kerana masalah H1N1. Pihak hospital takut influenza itu semakin merebak. Kanak-kanak adalah antara yang paling berisiko. Bila Hasmizal balik daripada rumah pengasuh, dia terus memelukku. Tapi bila dia tengok adik dia, macam terkejut pun ada. Maklumla selama ini dia tau adik dalam perut ibu. Asyik cium je pipi adik dia. Harap2 la abang dan adik akan saling sayang menyayangi...
1 ulasan:
salam...zwiyah..kalu tak salah,awknih kwn2 masakt teknik..hmm sy pun operate utk kedua-2 anak saya...semuanya tanpa dirancang dgn penyebabnya tiada jalan...justeru utk becoming bb yg kena jarak,sy akan dibedah sekali lagi...sy faham...tp utk bb yg caesar kbyknnya baik2 kerana mengerti keadaan ibunya yg sakit...justeru sabarlag..hehe,sedar tak sedar anaknya dh pun 9bulan...
Catat Ulasan