Selasa, 1 Februari 2011

Happy Birthday!!

Cerita ni dah kira basi la jugak sbb dah sebulan berlalu... Nak cerita tapi kesibukan melanda... lagi pulak, bila dah mengadap anak2 ni, masa yang ada amat2 berharga...

23 Januari 2011...

Genap lah usia Ahmad Hasmizal yang ke-4 tahun. Pada tarikh ini juga, kami meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kami masih diberi kesempatan untuk menikmatinya. Masih teringat 23.01.2005 saat kami diijabkabulkan dan sah sbg suami isteri. Pada 23.01.2007 pula lahirlah cahaya mata kami yang pertama.

Sambutan secara kecil-kecilan di rumah opah Hasmizal di Melaka. Tapi buat hari sabtu sebab tarikh tu jatuh hari ahad... Sbb nak balik KL ahad tu n mesti penat, so sabtu je lah...

Buat untuk keluarga dan jiran2 terdekat je... Yang pasti, anak ibu gembira... Hadiah ulangtahun ke-4 adalah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sebuah basikal... (lagi...)

Kalau nak tau, masa birthday yang ke-2, kami bagi basikal jugak..



Nampak beza tak masa dia umur 2 tahun dan 4 tahun...hehe


Tapi disebabkan dia membesar bagai johan, terpaksa beli yang lagi besar dpd dulu... makanya yg lama dapatla kat adiknya.. (adik selalu dapat lebihan abang kan.. haha..)

Sekarang ni dia dah pegi TASKA... Mula2 seminggu tu menangis je hari2 nak masuk pagar sekolah tu... Sekarang ni dgn senyuman masuk school... Rasanya cepat je masa berlalu... Dah besar anak ibu ni...

Ibu doakan semoga abang menjadi anak yang baik, abang yang penyayang dan yang paling penting menjadi umat ISLAM yang bertaqwa...

Selasa, 5 Oktober 2010

Update! Update!

Update lagi untuk tidak membiarkan blog ini sepi... Apa yang nak diceritakan? Pasal diri? Pasal keluarga? Pasal tempat kerja? Pasal kawan2? Nantila2 la akan diceritakan...

Kalau ada masa dan kelapangan akan diupdate kemudian... Tak boleh guna waktu kerja utk update blog sbb takut pulak gaji jadi TAK HALAL a.k.a. HARAM...

Rabu, 14 Julai 2010

My Heroes



Salam 1 Malaysia...




Dah lama blog ni terbiar... Dah nak setahun rasanya. Ahmad Huzaiman pun dah 10 bulan. Bukan x berminat, tapi masa yang membataskan.. (padahal malas.. hehe).




Skang ni dah pun setengah tahun berada di tahun 2010. Lagi 9 tahun nak ke 2020. Masa tu Hasmizal dah 11 tahun, Huzaiman pulak 9 tahun. Aku pulak 39 tahun... (insya allah jika panjang umur..hehehe).




Setakat ni, alhamdulillah... kami sekeluarga bahagia dengan nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan. Bersyukur dengan segala-galanya.




Inilah 3 hero aku buat masa ini....






















Abang,

Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingiku

Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu

Namun aku tetap aku

Yang terbaik untuk diriku

Hanya satu

Hanya kamu...


Abang dan Adik,

Ibu sayang sangat dengan abang dan adik...

Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang dan adik...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Cahaya mata kedua

Alhamdulillah...

Dengan izin Allah yang Maha Esa, seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. telah lahir ke dunia...


Pada 10 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430 Hijrah (Khamis), aku telah selamat melahirkan Ahmad Huzaiman bin Muhammad Husni secara pembedahan. Kelahiran Huzaiman amatlah mencabar kerana aku seperti tidak bersedia untuk dibedah. Namun setelah muhasabah diri, aku redha. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku dan juga anakku yang telah ditetapkan oleh Allah.
Ketika lahir, beratnya adalah 4.19kg. Itulah sebabnya kenapa aku terpaksa menjalani pembedahan... 'big baby'... doktor tidak membenarkan aku bersalin secara normal. Selain itu, aku juga mengidap diabetes ketika kandunganku mencecah 36 minggu. Oleh yang demikian, doktor menetapkan aku akan dibedah ketika 37 minggu 5 hari. Aku telah dimasukkan ke wad selama 5 hari sebelum pembedahan. Ini kerana aku dikehendaki mengambil insulin untuk mengawal diabetes yang dihidapi. Selama itu jugalah aku tidak dapat berjumpa dengan Ahmad Hasmizal. Rindunya hanya tuhan yang tahu. Dia tidak dibenarkan melawat ke wad kerana khuatir H1N1. Namun atas budi bicara doktor, aku dibenarkan turun sekejap di lobby untuk berjumpa dengan Hasmizal.

Sewaktu memasuki OT, punyala berdebar Allah sahaja yang tahu. Aku dikehendaki berpuasa sejak 12 tgh malam sebelumnya. Aku ditolak ke OT pada jam 11.00 pagi. Suami menemani sehingga pintu masuk sahaja. Ketika itu, sayu hati ini kerana suami banyak memberikan semangat kepadaku. Di dalam OT, aku diberi bius separuh badan. Ketika itu sempat aku melihat jam 11.15 pagi. Setelah kebas daripada pinggang ke bawah, aku mula 'diproses' oleh sekumpulan doktor. Kesemuanya wanita. Yang aku dengar hanyalah lagu raya yang dipasang di OT tersebut.

Tak sampai sejam, aku terdengar tangisan anakku.. Alhmadulillah, dia telah selamat dilahirkan. Tapi masa tu aku macam mamai... Sebab aku diberi gas untuk mengantuk. Setelah selesai, aku dipantau terlebih dahulu sebelum dimasukkan semula ke wad. Mengikut prosedur, selepas dibedah, pesakit tersebut tidak boleh bergerak, makan dan minum selama 6 jam. Jadi terpaksala membatukan diri di atas katil. Terima kasih kepada nurse yang membantu menukar baju. Lepas 6 jam, aku dipaksa bangun untuk memastikan tiada pendarahan dalaman. Alhamdulillah...

Mengenai anak, dia ditempatkan di NICU untuk semalam kerana aku ada kencing manis. Jadi doktor nak pantau untuk memastikan dia tidak hypo... ntahlah, aku pun x faham. Tapi nasib baik juga sebab dengan keadaan aku yang masih lemah... Keesokannya baru aku dapat melawat anakku. Rasa kesian pulak dia duduk berjauhan denganku. Masa kat dalam NICU tu, aku tengok anak2 kecil yang diletakkan di dalam inkubator... ada yang sebab kurang berat lahir, ada yang sebab kuning, lahir tak cukup bulan, dan entah apa lagi penyakit.... Sebagai seorang ibu, aku faham bagaimana perasaan ibu mereka... Semoga Allah menyelamatkan mereka... AMIN...
Anak aku boleh keluar daripad NICU petangnya... Jadi, dapatla aku memeluk dia sepanjang malam...
Hari sabtu, aku dibenarkan balik. Setelah anak dicucuk BCG, aku balik ke rumah yang telah ditinggalkan seminggu. Rindunya nak mendakap Hasmizal... Kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke ward kerana masalah H1N1. Pihak hospital takut influenza itu semakin merebak. Kanak-kanak adalah antara yang paling berisiko. Bila Hasmizal balik daripada rumah pengasuh, dia terus memelukku. Tapi bila dia tengok adik dia, macam terkejut pun ada. Maklumla selama ini dia tau adik dalam perut ibu. Asyik cium je pipi adik dia. Harap2 la abang dan adik akan saling sayang menyayangi...

Jumaat, 5 September 2008

Firts Time

Assalamualaikum semua...


Ini adalah kali pertama aku menulis dalam blog aku yang pertama... (dalam friendster ade gak blog, tapi jarang masuk).. So, semoga berjaya untuka aku meng-update BLOG aku yang x seberapa ni...


Hari ni dah hari ke 5 Ramadhan 1429 Hijrah... bersamaan 5 Septermber 2008. Maknanya lagi 25 hari nak Raya... Macam mana persiapan raya? Baju aku dah siap 2 pasang.. Beli jubah sehelai dah jadi 3 pasang baju tahun ni... Husband aku plak pakai je baju tahun lepas... Bukan xnak beli @ buat, masalahnya x pakai pun... Habis setengah ari Raya Pertama, terus tukar sluar jeans... Yang lama nya duduk dalam almari.. Tahun ni, x payah buat.. Tapi masih tetap sedondon gitu.. Anak aku plak mesti la kena ada baju baru. Tahun lepas jahit sendiri sebab nak hantar kedai, diaorg amik baju budak sama harga baju dewasa. Baik aku jahit sendiri walaupun x brapa elok... Janji jimat...


Nak tengok x baju raya anak aku? Dah pakai walupun blum raya... Ini masa kita org nak pegi kenduri tahlil untuk arwah atuk aku.. Namapun kenduri kan, kena la pakai baju yg sesuai..
Amacam, HANDSOME x anak aku ni... Oppss!!! Lupa nak kenalkan... Ini lah dia - AHMAD HASMIZAL bin MUHAMMAD HUSNI hero kepada Zawiyah Ahmad Zawawi n Muhammad Husni Yusoff. Sapa-sapa yang nak jadikan anak aku ni model baju ke, songkok ke, model iklan kat TV ke, silala hubungi pengurus dia iaitu aku... hehehehe...
Anyway, semoga anak aku akan jadi orang yang berjaya kelak...